Berita Terkini dari Sepang International Circuit, SIC.






"Pertama sekali, bagi Pihak SIC, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato Sri Rizal Merican, pihak KBS, MKN dan KKM serta MAM dan rakankongsi tempatan yang berusaha keras dalam meluluskan pembukaan sektor sukan dan rekreasi seperti yang telah diumumkan sebentar tadi.

Status penganjuran MotoGP di SIC akan di umumkan pada hujung bulan ini. Fokus SIC sekarang adalah untuk memastikan kejohanan tempatan berjalan lancar terlebih dahulu seperti MCP, MSF, MSBK dan sebagainya.

SIC amat menitikberatkan keselamatan pekerja, pelumba, pasukan, rakankongsi dan juga para peminat. Sebagai peneraju utama sukan permotoran negara, kami amat bersyukur dengan kelulusan Kerajaan dan ini dapat menghangatkan kembali arena sukan permotoran tempatan.

Semua pihak haruslah menyesuaikan diri dengan norma baru ini. Segala SOP yang ketat perlu dipatuhi bagi menjayakan industri sukan permotoran kita. Buat semua penganjur dan pasukan, diharap dapat bersedia untuk beraksi dengan sepenuhnya dan juga tidak lupa untuk mematuhi SOP yang berkenaan." ujar CEO SIC, En Azhan Shafriman Hanif kepada pihak media sebentar tadi.

Berita baik ini sangat menggembirakan semua yang terlibat secara langsung atau tidak. Buat para peminat sukan permotoran juga, pastinya akan lebih "excited" dengan khabar gembira ini. Akan tetapi, segala acara permotoran masih lagi diadakan secara tertutup dari orang ramai.

Semoga, suatu hari nanti, kita akan terima berita yang lebih menggembirakan apabila dapat turut serta dan menonton secara langsung di litar mahupun di mana-mana acara sukan permotoran.

Nantikan berita-berita terkini dari Two Wheels dari semasa ke semasa.

#TW #TwoWheels #TWlatestnews #TWmedia #MGPM #MGPFCM #SIC #SepangInternationalCircuit #SICCEO  #KBS #MKN #KKM #MAM #MotoGP #MSBK #MSF #MCP #TerimaKasih #SupportLocalRace

Comments

Follow Us