- Get link
- X
- Other Apps
Cal pada tiga hari lepas memberitahu bikesportnews.com bahawa sekarang ini perbincangan antara pihaknya dengan Pasukan Aprilia telah diadakan. Ia berjalan dengan lancar walaupun belum ada kata putus. Memandangkan pada hujung tahun ini kontrak beliau bersama LCR Honda akan tamat maka beliau perlu mencari pasukan lain jika ingin terus berada di pentas motogp memandangkan tempatnya akan diambil alih Alex Marquez. Cal nampaknya optimis untuk membantu Pasukan Aprilia dalam mengembangkan jentera RS-GP supaya mampu bersaing untuk merebut podium.
"Masa saya dengan Honda telah menjadi amat baik dan banyak kejayaan yang telah kami capai bersama namun perkara baik itu pasti akan tiba detik terakhir. Saya telah mecapai 19 podium ketika bersama LCR namun sekarang mereka ada pilihan lain. Sekiranya tiada kata putus dalam urusan kontrak Taka maka saya dapat terus kekal tetapi ianya agak mustahil. Sejujurnya saya tidak berkecil hati. Saya ingin terus melakukan tugasan yang menyeronokkan dan pada saya membangunkan jentera RS-GP bersama Aleix akan menjadi seronok. Saya memandang ini adalah peluang terbaik untuk saya menjejaki podium bersama semua jentera yg saya tunggang dan saya begitu bersemangat untuk turut serta dalam projek pembangunan jentera. Saya yakin saya boleh." - CC35
#TwoWheels #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM 🇲🇾 #TWmedia
#CC35
#apriliagresini
#motogp
Comments
Post a Comment