- Get link
- X
- Other Apps
DItubuhkan di Vicenza,Itali pada tahun 1972 oleh Lino Dainese, Pengasas Dainese ini mula menceburkan diri dalam bidang pakaian perlindungan sukan bermotor dengan menghasilkan sepasang seluar ‘motorcross’.
Ketika itu beliau hanya berusia 20 tahun. Dengan cita-cita yang besar, sejak dari itu, produk Dainese mula berkerjasama dengan siri perlumbaan tempatan bagi menghasilkan lebih banyak produk yang berkualiti tinggi, ergonomik dan sesuai mengikut jenis sukan.
Sepanjang perjalanan Dainese, banyak produk yang Berjaya dihasilkan melalui perkembangan teknologi semasa. Antara kejayaan terbesar Dainese ialah memiliki syarikat pengeluar helmet terkenal AGV. Kini, AGV berada dibawah naungan Dainese sejak dari 2007.
Pada 2014, sebuah syarikat dari Bahrain, menawarkan diri sebagai pelabur dan rakankongsi Dainese. Dengan pelaburan sebanyak 130 juta dolar, kini Invescorp memegang 80% saham dalam syarikat manakala Lino hanya memegang 20% dan kekal sebagai Pengerusi Syarikat Dainese.
Melalui usahasama dengan pelabur itu, Dainese berjaya menghasilkan produk berkualiti tinggi bukan sahaja untuk akitiviti sukan permotoran malahan dalam sektor pembinaan serta wargatua melalui teknologi D-air mereka. Dainese juga berkerjasama dengan NASA dalam pembangunan sut teknologi angkasa dan hasilnya, pada 2015, jenama mereka berada di Stesen Angkasalepas Antarabangsa.
Ibupejabat Dainese masih kekal di Itali. Pusat pembangunan, penyelidikan dan rekabentuk masih dibawah seliaan Ibupejabat. Mereka kini mempunyai pejabat urusan di Amerika Syarikat dan Hong Kong.
Sepanjang penglibatan Dainese dalam MotoGP, juara dunia terulung, Giacomo Agostini merupakan antara pelumba pertama yang mengenakan sut Dainese pada tahun 1975. Dan kini, legasi kecemerlangan Dainese dibawa pula oleh juara dunia, Valentino Rossi.
Mungkin peminat semua ada juga beberapa barangan Dainese kan? Pastikan original ya baru terjamin keselamatan! Kongsikan pengalaman anda.
Teruskan bersama kami. Please like and share guys!
#TW #TwoWheels #TWhistory #TWlearn #TWthrowback #Dainese #AGV #DAir #hightech #aerospacetechnology
Comments
Post a Comment