- Get link
- X
- Other Apps
Pelumba mula melakukan perjalanan ke Eropah bagi memulakan semula Kejohanan MotoGP dengan bantuan pihak Dorna namun masih banyak perkara yang perlu diperbaiki, seperti memastikan pelumba bukan Eropah dapat sampai ke tempat kejohanan. Sebenarnya situasi ini tidaklah mudah, memandangkan pelbagai langkah diambil untuk mengatasi penyebaran Covid-19. Pada masa ini, sebahagian penduduk dari beberapa negara dilarang masuk kerana tahap jangkitan virus yang masih tinggi dan pihak kerajaan Sepanyol telah memperkenalkan polisi baru bagi sebarang kemasukan kenegara mereka. Bagi menyelesaikan masalah ini, Dorna tampil untuk membantu individu yang perlu berlumba di dalam MotoGP, Moto2, Moto3 dan MotoE melakukan perjalanan memasuki Eropah.
Sebagai contoh kita mulakan dengan Eric Granado, pelumba dari pasukan Avintia Racing untuk kejohanan MotoE. Beliau berasal dari Brazil, sebuah negara yang masih mencatatkan jumlah jangkitan dan kematian yang masih tinggi disebabkan coronavirus. Dorna dan FIM tampil membantu dengan memberikan dokumen sokongan supaya beliau dapat meneruskan perjalanan beliau dan tiba ke Sepanyol hari ini.
Begitu juga dengan pelumba negara iaitu Khairul Idham Pawi (Moto3), Hafizh Syahrin Abdullah dan Kasma Daniel Kasmayudin (Moto2). Sebenarnya, ketiga-tiga mereka masih terkandas di Malaysia dan menunggu dokumen dari Dorna untuk mereka meneruskan perjalanan ke Sepanyol. Nampaknya masalah ini harus diselesaikan secepat mungkin. Sementara itu KIP, HS55 dan Kasma tidak dapat melakukan apa-apa selain dari terus berlatih di rumah sambil menunggu untuk dapat meneruskan perjalanan ke Eropah dan menyambung semula kejohanan MotoGP musim ini. Untuk rekod, bukan sahaja pelumba dari Malaysia sahaja yang mempunyai masalah untuk meneruskan perjalanan ke Eropah, terdapat beberapa lagi pelumba yang masih terkandas di negara sendiri atau negara persinggahan termasuk Joe Roberts dari Amerika yang masih terkandas di Britain. Min rasa pelumba-pelumba dari Jepun juga masih terkandas di negara mereka.
Sama-samalah kita berdoa agar kesemua pelumba, terutama pelumba negara dapat meneruskan perjalanan ke Eropah dengan selamat dan kembali bersaing didalam kejohanan MotoGP dua minggu dari sekarang.
#TwoWheels #MGPM #MGPFCM #TWmedia #TWcare #Dorna #MotoGP #Moto2 #Moto3 #MotoE
Comments
Post a Comment