Kecederaan dan Perlumbaan



Cerita berkenaan Andrea Dovizioso yang baru patah tulang bahu ketika ini agak hangat diperkatakan terutama apabila pihak Ducati memberitahu bahawa Andrea akan turut berlumba pada 19Julai nanti. Ia sekitar 2 minggu sahaja lagi.

Adakah anda semua masih ingat kisah Jorge Lorenzo yang juga patah tulang bahu kiri? Kami nak throwback sikit.

Dalam sesi free practice pada tengahari Khamis, Lorenzo kemalangan dan didapati patah tulang bahu kirinya. Tanpa membuang masa, beliau dikejarkan ke hospital.

Awal pagi Jumaat, beliau dibedah untuk dimasukkan plate dan skru bagi memegang tulangnya kembali di tempat yang betul. Tengaharinya beliau kembali ke litar.

Pagi Sabtu beliau diperiksa dan dibenarkan untuk berlumba. Pada Hari Ahad beliau berlumba seperti biasa dan mendapat tempat ke 5.

Ringkasannya cuma lebih kurang 48 jam masa beliau berehat sebelum kembali berlumba.

#TwoWheels #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM 🇲🇾 #TWmedia
#JL99
#motogp

Comments

Follow Us