KEJUARAAN CUB PRIX MALAYSIA PETRONAS TINGKATKAN USAHA MEMPERHALUSI SOP PERLUMBAAN




Meskipun dijadikan sebagai penanda aras kepada penganjuran kejohanan lain, Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS tidak leka meningkatkan usaha memperhalusi SOP perlumbaan untuk pusingan seterusnya.

 

Pusingan kedua musim 2020 yang bakal dianjurkan di Litar Tangkak pada 22 dan 23 Ogos ini akan memerlukan struktur pelaksanaan yang berbeza berbanding dengan pusingan pembuka tirai di Litar Sepang sebelum ini.

 

“Kami telah membuat beberapa lawatan serta perbincangan dengan pihak pengurusan Litar Tangkak untuk merangka perancangan terperinci supaya segala SOP asas yang digariskan oleh MKN (Majlis Keselamatan Negara) dipatuhi sepenuhnya,” jelas Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.

 

Sepertimana perlumbaan pembukaan di Litar Sepang minggu lalu, pusingan kedua di Litar Tangkak akan berlangsung tanpa kehadiran penonton.  

Comments

Follow Us