Kejuaraan MotoGP di mata Alberto Puig




"Saya harap sesiapa yang sedang meneraju kedudukan championship betul-betul berbangga dengan kemenangannya yang mana tanpa penglibatan pelumba terbaik dunia. Kejohanan ini tidak akan sama jika Marc tidak turut serta berlumba dan saya rasa ramai yang tahu hakikat tersebut". - Alberto Puig.

Luahan pengurus Pasukan Repsol Honda berkenaan kejuaraan bagi tahun ini seakan-akan memandang sinis kepada perebutan gelaran juara dunia. Dengan kata mudahnya, apa yang perlu dibanggakan jika menjadi juara tapi tanpa mengalahkan pelumba terbaik dunia? Ini seolah-olah memperkecilkan usaha dan kejayaan bakal juara nanti.

Puig semestinya tahu perihal motogp namun tidak salah jika kita ingin menegur beliau. Puig semestinya sedar bahawa "winning is winning". Apa yang berlaku kepada Marc itu merupakan sebahagian daripada dunia perlumbaan motorsikal. Pihak lawan yang mengambil peluang atas kekurangan kita juga merupakan sebahagian daripada lumrah perlumbaan. Semestinya apa yang terjadi kepada Marc sekarang ini merupakan kesilapan beliau sendiri yang mana bukan disebabkan oleh pihak lawan Marc.

Setiap kejayaan yang dirangkul tidak seharusnya diremeh-remehkan dan kita perlu mengiktiraf kejuaraan yang dimiliki oleh pihak lawan dengan hati terbuka. Lagipun di plate piala juara dunia motogp hanya diletakkan tahun dan nama sang juara dengan tidak meletakkan perkataan 'tanpa'....

#TwoWheels #TWmedia #MGPM #MGPFCM
#albertopuig #motogp

Comments

Follow Us