Kerjaya sebagai pelumba



MotoGP & F1 antara sukan yang sangat gah di dunia. Kedua-duanya merupakan kelas tertinggi dalam arena masing-masing iaitu dua roda dan empat roda.

Kerjaya sebagai pelumba kini bukan calang-calang kerana hasil yang diperoleh agak tinggi dan lumayan. Satu kerjaya yang menjanjikan kekayaan, kemewahan dan kemasyhuran. Ia bersesuaian dengan marabahaya kerja tersebut yang mana sangat berisiko tinggi untuk kehilangan nyawa.

Di sini kami menyatakan perbezaan gaji antara dua pelumba tertinggi untuk F1 dan MotoGP. Nampaknya bayaran untuk pelumba MotoGP masih terlalu jauh jika dibandingkan dengan pelumba F1 iaitu dengan separuh nilai bayaran. 

Apapun memang wajar pelumba F1 mendapat bayaran yang jauh lebih tinggi kerana pelaburan yang dibuat untuk mengikuti kelas perlumbaan tersebut sangat tinggi. Bermula dengan latihan go kart ketika usia masih kanak-kanak, ia telah menelan belanja puluhan ribu ringgit. 

Adakah anak-anak anda berminat untuk bekerja sebagai pelumba? 

#TwoWheels #TWmedia #MGPM #MGPFCM
#F1 #motogp #hamilton #vettel #marquez #rossi

Comments

Follow Us