Media debrief bersama Pol Espargaro, pelumba utama Pasukan KTM.



Melihat kepada keputusan di FP1 dan FP2, ternyata KTM tampil cemerlang dengan turut mendominasi kelompok 10 terbaik. Segala kerja keras pasukan nampaknya memberi kesan yang baik.

Pol menekankan tentang fokus utama beliau dan pasukan kini kepada pemilihan tayar yang terbaik untuk digunakan pada sesi perlumbaan pada Ahad ini. Beliau masih belum dapat putuskan tayar apa yang terbaik namun daripada data yang diperoleh nampaknya komposisi medium depan dan belakang agak cocok untuk jenteranya. 

Beliau juga menyatakan di Jerez kini pada sebelah tengahari, angin bertiup agak kencang menyebabkan jentera agak sukar dihentikan. Beliau terpaksa bekerja keras pada tayar hadapan dan menganggap itu antara cabaran terbesar yang harus difikirkan jalan keluar. 

Penampilan rookies iaitu Brad Binder dan Iker Lecuona yang cukup baik juga telah memaksa beliau untuk tampil lebih cemerlang. Beliau termotivasi apabila melihat keduanya sering seiring dengan beliau di litar. Ini juga menunjukkan petanda baik bagi pasukan yang mana kerja yang telah dilakukan tidak sia-sia.

Beliau agak yakin untuk hari esok, beliau mampu berentap di Q2 pada sesi kualifikasi dan mendapat petak permulaan yang baik.

#TwoWheels #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM 🇲🇾 #TWmedia
#PE44
#ktm
#motogp

Comments

Follow Us