Merampas takhta kejuaraan dari Marc Marquez







Zaman kian berubah. Dalam setiap arena sukan pasti ada sang juara yang bertapak di takhta juara dengan utuh dan amat sukar digugat. Dunia MotoGP merupakan salah satu daripadanya yang mana pada masa sekarang ini Marc Marquez sedang melalui zaman kegemilangannya. Sejak mula berada di pentas MotoGP pada Tahun 2013, beliau cuma sekali gagal mempertahankan kejuaraan iaitu pada Tahun 2015.

Untuk menjadi juara dunia, amat diperlukan pakej yang lengkap iaitu pelumba yang berbakat besar dan jentera yang mantap. Telah dibuat satu bancian dalam menamakan pelumba-pelumba yang mampu merampas takhta daripada Marc, 5 individu teratas yang dipandang mempunyai potensi besar untuk menjadi juara dunia bersama jentera yang sepatutnya ditunggangi ialah:
1. Fabio Quartararo- Yamaha
2. Pol Espargaro- Honda
3. Alex Rins- Suzuki
4. Johan Zarco- Yamaha
5. Jack Miller- Ducati

Fabio sememangnya merupakan calon yang dipandang tinggi mampu menjadi juara dunia dengan jentera M1. Pada tahun ini atau mendatang beliau diyakini dapat melakukan persembahan yang terbaik seiring dengan pengalaman yang ada.

Walaupun Pol tidak pernah memacu RC213V namun dengan gaya tunggangannya ramai percaya ia amat sesuai dengan jentera Honda itu dan mampu menyaingi Marc dengan ketat.

Juara dunia 2 kali moto2, Zarco antara pelumba yang kurang bernasib baik. Akan tetapi sekiranya beliau dapat kembali bersama Yamaha, ramai yang yakin beliau mampu menggugat kedudukan Marc.

#TwoWheels #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM 🇲🇾 #TWmedia
#motogp

Comments

Follow Us