- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
The Big Boss has spoken..
Dato Razlan Razali telah memberikan kata dua kepada pelumba negara, Khairul Idham Pawi berkenaan prestasi beliau bersama Pasukan Petronas Sprinta Racing di Moto3. ‘Amaran’ ini dinyatakan oleh prinsipal pasukan itu berikutan rasa kecewa dengan persembahan KIP sepanjang tempoh 3 tahun ini.
Sekiranya beliau gagal untuk berada di kelompok 15 terbaik di akhir musim, Super KIP bakal berdepan dengan penyingkirannya dari pasukan Petronas. Berbaki 11 lagi perlumbaan, Super KIP harus melakukan sesuatu.
“Sudah terlalu banyak yang kita buat (jentera) untuk dia tapi masih gagal menunjukkan sebarang perkembangan positif. Saya sendiri tak pasti apa masalah yang dihadapinya. Dua-dua rider ada jentera yang sama. Khairul Idham Pawi kena buat sesuatu!” ujar Dato Razlan.
Adakah ini bakal menjadi titik tolak kepada pelumba negara yang lain bagi memberikan persembahan yang terbaik?
Come on guys..!! Do your best..!!
#TW #TwoWheels #Dorna #Moto3 #PetronasSprintaRacingTeam #PSRT #Petronas #RazlanRazali #DatoRazlan #KhairulIdhamPawi #SuperKIP #IP89
Comments
Post a Comment