- Get link
- X
- Other Apps
Tayar memainkan peranan yang cukup penting dalam mengejar kejuaraan. Ini memberikan tekanan hebat pada pengeluar komponen tersebut dan tahun ini Michelin menggalas tugas berat itu.
Persoalan yang bermain pada semua, adakah Michelin dapat membantu rider yang menunggang jentera ‘inline-4’ atau V4, mengejar kejuaraan atau sebaliknya. Kita dapat lihat pada perlumbaan lepas di Jerez, banyak kemalangan yang terjadi dan Marc Marquez juga tidak terlepas darinya walaupun dia telah mencuba prestasi Michelin di Sepang pada Febuari lalu.
Bagi musim 2020, tayar belakang yang dihasilkan oleh Michelin agak berbeza kerana ia akan menambah pautan yang lebih baik pada trek. Apabila ‘grip’ pada tayar belakang lebih kuat, maka cengkaman tayar depan akan lebih ringan dan ia pasti akan mengganggu rider untuk mengambil selekoh dan prestasi jentera.
Pasukan Ducati mengadu akan kekurangan ini. Apabila cengkaman tayar belakang lebih kuat, maka rider perlu menjinakkan jentera lumba dengan kekuatan fizikal. Mereka mendapati bahawa rider mereka agak sukar mengawal jentera ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi.
Berbeza pula pada jentera ‘inline-4’. Pasukan teknikal mereka mendapati, tayar Michelin membantu para rider untuk masuk ke selekoh dengan stabil dan memberikan cengkaman yang baik ketika keluar laju dari selekoh.
Ini bermakna, rider yang menggunakan jentera V4 memerlukan tenaga fizikal yang lebih berbanding pasukan lain. Komen dari Ketua Pengarah Michelin MotoGP, Piero Taramasso juga berpendapat ia membantu pasukan yang menggunakan jentera ‘inline-4’ memberikan persembahan yang baik. “Dengan tayar ini, mereka tak perlu menjadi terlalu agresif seperti sebelumnya” jelas beliau lagi.
Adakah benar prestasi Michelin seperti yang dikhabarkan? Adakah ramai rider yang terlalu agresif pada perlumbaan lepas? Jika benar, maka mungkin ramai rider yang masih belum dapat rentak terbaik untuk menggunakan tayar itu pada prestasi penuhnya.
Sama-sama kita saksikan saingan terbaru pada hujung minggu ini. Teruskan bersama TwoWheels!
Please like and share guys..!!
#TW #TwoWheels #TWtechnical #TWtire #TWperformance #MGPM #MGPFCM #MotoGP #Michelin #V4 #inline4
Comments
Post a Comment