- Get link
- X
- Other Apps
Andalusia GP melabuhkan tirainya dengan menyaksikan pelbagai aksi-aksi menarik, menggemparkan dan yang mengecewakan. Fabio Quatararo sekali lagi mengungguli saingan depan mendapat tempat pertama diikuti oleh Maverick Vinales kedua dan lagenda MotoGP, Valentino Rossi di tempat ketiga.
Saingan terkini itu menyaksikan FQ20 meninggalkan tempat kedua dengan jarak masa 7.45 saat dan membuatkan dia selesa “terbang” tanpa saingan rapat. Tempat kedua dan ketiga antara posisi yang sangat sengit kali ini. Seawal perlumbaan, Yamaha mengetuai rombongan hadapan kemudian dipintas oleh pelumba Ducati, Bagnaia dan akhirnya kecundang kerana masalah jentera.
Rakan sepasukan FQ20, Franco Morbidelli gagal menamatkan saingan kerana masalah jentera yang dihadapi yang juga lebih kurang sama masalah yang dialami VR46 pada minggu lepas.
Saingan kali ini menyaksikan juga beberapa kemalangan yang terjadi. Pertama sekali oleh Brad Binder dan Miguel Oliveira di mana Brad yang berada di belakang telah terlanggar tayar belakang Miguel. Ekoran kejadian tersebut, Miguel tercampak dan terjatuh lalu tidak dapat meneruskan saingan.
Pergelutan menarik kali ini adalah daripada The doctor dan Top Gun. Semua telah mengetahui bahawa Vale merupakan oelumba yang kuat bertahan dan Maverick betul-betul sukar mencari ruang untuk memotong Rossi. Kesan daripada pertarungan tersebut, Fabio semakin jauh meninggalkan semua pelumba di belakangnya.
#TwoWheels #TWmedia #MGPM #MGPFCM #MotoGP #AndaluciaGP #Jerez #FQ20 #MV12 #VR46
Comments
Post a Comment