MOTOGP COUNTDOWN : 5 days to go






Johan Zarco merupakan pelumba dari Perancis seperti Fabio Quartararo. Beliau ialah juara dunia moto2 sebanyak 2 kali. 

Di pentas MotoGP, beliau telah memacu 4 jentera yang berbeza iaitu Yamaha, KTM, Honda dan Ducati. Dengan Yamaha nampaknya beliau tampil hebat namun dengan KTM, lain pula dramanya. Beliau cukup kecewa dengan prestasi RC16 lalu meninggalkan pasukan KTM di pertengahan jalan sebelum pun kontraknya tamat. 

Dengan jentera Honda, beliau diberi peluang untuk menggantikan Takaaki Nakagami namun beliau kurang bernasib baik untuk buktikan kemampuannya apabila dilanggar ketika perlumbaan dan seterusnya terjatuh.

Kini beliau diambil oleh Ducati dan ditempatkan di Pasukan Avintia bersama juga juara moto2, Tito Rabat. Namun Zarco lebih bernasib baik kerana kontraknya terus di bawah Ducati. Beliau tekad untuk melakukan yang terbaik dan mampu bersaing dengan pelumba-pelumba lain walaupun jenteranya setahun terkebelakang.

#TwoWheels #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM 🇲🇾 #TWmedia
#JZ5
#motogp
#countdown

Comments

Follow Us