MotoGP – Klasifikasi Kemalangan








Sepanjang kejuaraan Dunia MotoGP, banyak kemalangan yang berlaku ketika perlumbaan. Samada seorang diri, melibatkan orang lain, kemalangan biasa malah juga kemalangan maut semasa perlumbaan berlangsung.

Sepanjang tempoh itu, para pemerhati teknikal dan perubatan sentiasa mengambil data dan membuat kaji selidik untuk menjadikan perlumbaan itu semakin selamat. 

Terdapat 3 kemalangan utama yang dikategorikan sebagai:
1. ‘lowside’ – dimana rider jatuh ketika memasuki selekoh.
2. ‘highside’ – rider hilang kawalan ketika keluar atau dalam mengambil selekoh dengan halaju tinggi dan menyebabkan hilang kawalan dan tercampak dari motor.
3. ‘topside’ – hilang kawalan sepenuhnya dan membuatkan rider tercampak ke depan dari motosikal.

Sebagai contoh, dalam 78 kemalangan yang terjadi, ‘lowside’ merupakan penyumbang terbesar dan diikuti oleh ‘highside’ yang berada dalam lingkungan 15% dari jumlah kemalangan. ‘highside’ memberikan peratusan kecederaan yang agak tinggi jika terlibat. Manakala, hanya 2 kes ‘topside’ yang berlaku dan mengakibatkan rider bersara dari perlumbaan. Ini menunjukkan sekiranya rider terlibat dalam kemalangan di kategori ‘topside’ kebarangkalian dia berhenti dan bersara dari berlumba sangat tinggi.

Kesimpulannya, ‘lowside’ sangat berisiko rendah dalam perlumbaan. Kebanyakkan kes ‘highside’ berlaku akibat dari ‘oversteer’ ketika cuba mengawal jentera dari terlibat dengan kemalangan ‘lowside’. Dari kaji selidik itu, banyak pembaharuan yang dilakukan dalam perlumbaan bertaraf dunia ini dari segi teknikal, keselamatan jentera dan pakaian keselamatan penunggang. Dari teknologi MotoGP juga, ia membantu pengeluar untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi bagi menjamin keselamatan penungggang untuk pasaran dunia.

#TW #TwoWheels #TWlearn #TWcare #MotoGP #crash #technical #motorsportcrash #motorsportmedic

Comments

Follow Us