MotoGP – Takaaki Nakagami





Pastinya ramai kurang tahu kelibat pelumba Asia ini. Nama beliau dulu hampir susah menitip di bibir-bibir pengulas sukan dan peminat MotoGP am nya. Tapi kini setelah kejayaan beliau di Andalusia GP tempohari, Naka semakin diminati peminat.

Pelumba kelahiran Jepun ini, adalah produk hasil dari Akademi Redbull MotoGP dan beliau juga pelumba termuda yang memenangi Kejohanan 125cc Jepun pada 2006. Mula berkecimpung di arena MotoGP pada 2012 iaitu di kategori Moto2 dan memasuki arus perdana MotoGP pada 2018 dimana penampilan beliau yang pertama adalah bersama pasukan LCR Honda IDEMITSU.

Ketika di Jerez minggu lepas, siapa sangka pelumba Jepun ini menduduki tempat ke 4 dan berjaya mengacah-acah pelumba di posisi ketiga pada ketika itu. Ia adalah pencapaian terbaik beliau pada ketika ini. Menarik bukan?

Ada rahsia disebalik kejayaan itu.

Dengan kecederaan Marc dan Cal, kem Honda agak tergugat. Di atas prestasi dan persembahan konsistennya, beliau berjaya ‘memikat’ jurutera teknikal pasukan Honda HRC walaupun dia sekadar rider pilihan ke 4 dalam kem Honda. Walaupun jentera yang digunakan beliau adalah “production made” 2019, Pengurus Pasukan Honda, Takeo telah berkongsi dengan beliau teknikal dan praktikal bagaimana Marc Marquez menunggang dan menasihati Taaka untuk mencubanya.

Nahh..dan hasilnya agak memberansangkan! Kejayaan beliau sedikit sebanyak menggembirakan kem Honda. Cal Crutchlow pernah menyuarakan pendapat beliau yang mana dia merasakan Takaaki kini ada masa depan dan peluang yang cerah untuk tahun ini.

Adakah Naka bakal menggegar persada perdana MotoGP seperti pelumba-pelumba dari Jepun suatu masa dulu? Sama-sama kita nantikan..!

#TW #TwoWheels #TWinfo #Dorna #MotoGP #LCRHonda #Honda #Idemitsu #TakaakiNakagami #Naka #TN30 #TeamHonda

Comments

Follow Us