MotoGP Wall Of Fame







Juara Dunia 5 kali MotoGP Jorge Lorenzo, diikuti oleh Juara Dunia 4 kali Max Biaggi dan Hugh Anderson, ketiga-tiga mereka ini dicalonkan menjadi Lagenda MotoGP dan akan dinobatkan di "Wall Of Fame" MotoGP di Jerez bagi tahun 2020.

"Saya langsung tidak menyangka akan dicalonkan sebagai Lagenda MotoGP. Terima kasih Dorna dan FIM kerana memilih saya dan menyokong dan membantu sepanjang karier saya" kata Jorge Lorenzo yang memenangi kejuaraan dunia buat pertama kali pada tahun 2003.

Bermula di kategori 250cc, pada 1991, Max Biaggi dicalonkan juga sebagai Lagenda MotoGP. Beliau gembira kerana dapat meletakkan namanya sebaris dengan pelumba lagenda handalan dunia seperti Agostini, Aspar dan lain-lain.

Nama terakhir sebagai Lagenda MotoGP untuk sesi 2020 ialah Hugh Anderson. Berasal dari New Zealand, dia mula berlumba dlm GP pada 1960 dalam kategori 500cc dan 350cc. "Saya amat terharu dan berbangga setelah bertahun lamanya, saya diangkat sebagai lagenda GP. Terima Kasih Dunia!" kata beliau ketika dihubungi Dorna.

#TW #TwoWheels #MGPM #MGPFCM #MotoGP #MotoGPHallOfFame #MotoGPLegends #JorgeLorenzo #JL99 #MaxBiaggi #HughAnderson #Dorna #FIM

Comments

Follow Us