Pasukan KTM dalam saingan MotoGP



Baru-baru ini KTM telah mengumumkan barisan pelumba mereka untuk kedua-dua pasukan iaitu RedBull KTM dan KTM Tech3. Dinyatakan bahawa Brad Binder akan berpasangan dengan Miguel Oliveira di pasukan utama dan Iker Lecuona akan bergandingan dengan Danilo Petrucci di pasukan satelit.

Sememangnya Danilo merupakan pelumba yang paling berpengalaman di garaj KTM bermula tahun hadapan. Beliau juga satu-satunya pelumba yang pernah memenangi perlumbaan di motogp. Penempatan beliau di pasulan satelit nampaknya seolah-olah beliau di "down grade" namun ia disangkal oleh Herve Poncharal selaku pengurus Pasukan Tech3.

Pit Beirer telah menegaskan bahawa beliau lebih menumpukan kepada pembangunan jentera dalam memburu impian untuk menjadi yang terbaik di dunia. Maka ke semua pelumbanya akan dimanfaatkan sepenuhnya dan dilayan sama adil. Tiada dalam kamus KTM pasukan A dan pasukan B. Ini bermakna ke semua pelumba akan mendapat jentera yang sama 100%. Dinyatakan dengan tegas bahawa tiada seorang pun akan dilebihkan dan dikurangkan. Ini juga menggambarkan kehadiran Petrux di KTM bukan sekadar melengkapkan barisan pelumba tetapi turut akan menyumbang kepada pembangunan jentera RC16. Dengan erti kata lain, Petrux seorang yang penting dalam KTM.

#TwoWheels #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM 🇲🇾 #TWmedia
#ktm
#motogp

Comments

Follow Us