Sesi Media Bersama Pol Espargaro



Pada jam 10.20pm tadi, bermula sidang media bersama Pol Espargaro, pelumba utama Pasukan KTM. Pada minggu lepas beliau telah mempamerkan persembahan yang sangat baik bersaing dengan Morbidelli dan Dovizioso. Ia jelas menunjukkan jentera KTM terutamanya kini telah mampu bertarung di medan MotoGP.

Seperti yang diketahui, pada minggu ini perlumbaan akan berlangsung di litar yang sama maka data yang ada sangat berguna untuk perlumbaan pada minggu ini. Bagi Pol, untuk perlumbaan beliau dan krew-krew yang ada akan mengubahsuai sedikit 'setting' pada bahagian elektronik untuk mendapatkan 'power' dan 'top speed' yang lebih tinggi. Ini bagi membolehkan beliau bersaing dengan jentera Ducati di laluan lurus.

Bagi minggu ini, strategi yang dirangka Pol adalah untuk mendapat 'set up' yang baik bagi mendapat keputusan catatan masa yang lebih laju. Beliau berkata pada minggu lepas beliau telah lebih fokus kepada 'race simulation' maka pada minggu ini fokus akan lebih kepada 'fastest lap'. Pada setiap sesi FP beliau akan berusaha untuk mendapat keputusan yang baik kerana targetnya adalah untuk terus ke Q2. Bagi mencari bahagian-bahagian yang harus dipertingkatkan, beliau telah meneliti data Brad Binder kerana Brad sangat pantas pada satu-satu pusingan.

#TwoWheels #TWmedia #MGPM #MGPFCM
#PE44 #ktm #motogp #spaingp #jerez

Comments

Follow Us