Tornado S-1






Pada 2001, Yoshimura dengan kepakarannya telah menghasilkan sebuah lagi jentera lumba yang hebat. DIbina dari asas Suzuki GSX-R1000, jentera ini menghasilkan kuasa setinggi 170hp! Model pertama kali yang dipasang sistem Yoshimura EMS, menjadikan ia sebuah jentera lumba yang lebih efisyen.

Sistem ekzos Tri-Oval Cyclone 3 dalam 1 menyemarakkan lagi kemampuannya. Dilengkapkan dengan sistem penyeraphentak total dari Ohlins untuk depan, belakang serta ‘damper’, semua ini ditala sepenuhnya oleh pasukan teknikal Yoshimura. Yang menarik pada motor ini, rim BBS aluminum digunakan buat pertama kali pada motor keluaran Yoshimura.

Motosikal ini hanya dibina sebanyak 50 buah sahaja di dunia dan berharga kira-kira RM150,000.00 pada ketika itu. Setiap pembelian jentera ini didatangkan sekali dengan plet pemilikan original bersiri, kit peralatan Snap-On malah ‘cover’ motor jenama Daxim pun diberi!

Idaman betullah min tengok motor ni. Seksi abis moto ni zaman dulu. 19 tahun dah beb. Kalau dulu anak dara, sekarang dah jadi mak orang oiii..!! Hahaha teruskan bersama TwoWheels gaiiss..!!

#TW #TwoWheels #TWmedia #TWhistory #TWthrowback #TWlimitededition #rare #Yoshimura #Suzuki #TornadoS1 #GSX1000R #Ohlins #SnapOn #Daxim #BBS #retro

Comments

Follow Us