- Get link
- X
- Other Apps
Ducati merupakan pengeluar jentera lumba paling berjaya di litar Jerez sejak dari 1990 dengan kemenangan sebanyak 7 kali. Kali terakhir memenangi perlumbaan di litar itu adalah pada 2019.
Dengan 3 kali kemenangan, Kawasaki menduduki tempat ke 2 dalam pengeluar jentera terbaik di litar Jerez. Jonathan Rae memenangi ketiga-tiga perlumbaan pada tahun 2017 untuk Race 1 dan Race 2 manakala sekali lagi pada 2019.
Yamaha pernah memenangi perlumbaan di Jerez dengan 1 kemenangan. Ianya melalui Van Der Mark yang menang pada 2019 untuk Race 2.
Manakala Honda masih lagi ketandusan kemenangan di Jerez. Kali terakhir berada di podium adalah semasa Van Der Mark mendapat tempat ketiga pada 2015.
BMW pula pernah mencatatkan rekod halaju maksimum melalui Marco Melandri pada 2013 dengan catatan 282.6 kmph. Juga belum pernah lagi memenangi sebarang perlumbaan di Jerez dan hanya mampu berada di tempat kedua melalui Tom Sykes pada tahun lepas.
Sudah pastinya, Honda bakal mencuba nasibnya dengan jentera baru CBR1000RR-R mereka. Sama-sama kita saksikan perlumbaan ini hanya beberapa hari lagi.
#TW #TwoWheels #TWtrivia #FIM #Motul #WSBK #SpanishRound #Jerez #Ducati #Kawasaki #Yamaha #Honda #BMW
Comments
Post a Comment