- Get link
- X
- Other Apps
Pirelli telah mengumumkan penggunaan tayar baharu untuk saingan di Jerez hujung minggu ini. Tayar ‘slick - dry’ akan digunakan untuk perlumbaan pada kali ini.
Untuk WSBK, pembangunan tayar baru dilakukan untuk kedua-dua tayar hadapan dan belakang. Teknologi terbaru bagi tayar hadapan iaitu SC1 Y1231 ‘soft-compound’ itu akan memberikan lebih cengkaman di selekoh. Teknologi ini dibangunkan pada tayar SC1 (soft) dan SC2 (medium).
Bagi tayar belakang pula, SC0 (soft) juga diperbaharui. Teknologi tayar baharu belakang iaitu Z0121 diperkuatkan di bahagian sisi supaya dapat memberikan lebih cengkaman dan memaksimakan sudut selekoh.
WSSP pula menggunakan tayar standard medium SC1 dan SC2. Tayar depan spesifikasi medium bagi SC1 menjadi pilihan bagi kategori berkenaan memandang ketahanan tayar semasa perlumbaan dan juga jarak batuan sepanjang perlumbaan dilangsungkan. Tayar belakang pula bakal menggunakan SC0 (soft) bagi mengekalkan imbangan prestasi jentera.
Jom kita saksikan perbezaan kegunaan tayar ini berbanding kontroversi tayar Michelin bagi arena MotoGP.
#TW #TwoWheels #TWtechnical #Motul #FIM #Pirelli #Tayar #Jerez #SpanishRound
Comments
Post a Comment