Yoshimura Hayabusa X-1






Memandangkan korang pun sporting, min rasa tak sesabor pulak nak sembang pasal motor ni pula. Apapun, terima kasih kerana bersama Two Wheels bagi info-info menarik dan terkini tentang dunia permotoran.

Motosikal yang dinamakan Hayabusa X-1 ni hasil dari kerjasama Yoshimura dan Suzuki. Diperkenalkan pada tahun 2000, model yang dibangunkan ini menggunakan asas dari modelGSX1300R Hayabusa. Sekali tengok macam Suzuki TL10000R, tengok lagi macam Hayabusa pula. Kan? Model ini dikatakan motosikal jalanan paling berkuasa pernah dibina.

Motosikal ini mencipta sejarahnya tersendiri malah buat Yoshimura juga, terhasilnya model ini, membuktikan mereka punya kesungguhan yang tinggi dalam menghasilkan jentera perlumbaan. Model ini adalah edisi terhad dimana hanya 100 unit sahaja yang dikeluarkan dan berharga kira-kira RM105k pada ketika itu. Sekarang, tak tahulah berapa harganya pula!

Enjin berkuasa 190hp dengan berat 198kg ini, dilengkapi oleh sistem ekzos Tri-Oval Titanium Siklon dengan binaan titanium dan fiber karbon. Enjin ini ditala sepenuhnya oleh Yoshimura dan dipadankan dengan penapis enjin BMC serta set lumba magnesium bagi pemijak kaki. Kemasan badan pula hampir keseluruhannya gentian karbon. Yang menariknya, motosikal ini menggunakan meter digital yang boleh dikatakan sangat moden pada zaman itu.

#TW #TwoWheels #TWyoshimura #TWrare #TWlimitededition #YoshimuraRnD #Yoshimura #Suzuki #Retro #HayabusaX1 #X1

Comments

Follow Us