- Get link
- X
- Other Apps
Model ini sememangnya memberi impak yang cukup besar pada para peminat Suzuki dan Yoshimura khususnya. Dibina dari asas model GSX1100S Final Edition pada 2001, ditala sepenuhnya oleh pasukan teknikal Yoshimura, jentera ini mendapat jolokan “The Ultimate Katana”. Gah bukan? Sudah semestinya! Ini kerana model Katana itu dikatakan mempunyai prestasi sehebat model ‘supersport’.
Yang membuatkan dia salah satu model “Super Rare” dan sangat terhad ini adalah kerana hanya 5 buah sahaja yang dihasilkan dalam dunia! Berharga kira-kira RM142,000 ketika pengenalannya dipasaran, pasti bukan calan-calang orang yang mampu memilikinya. Kalau tahun 2020 ni mungkin dah jadi RM500k kot?
Bayangkan, jentera ini menghasilkan kuasa setinggi 148hp pada zaman itu. Sudah pasti, motosikal ini dilengkapi alatganti yang berkuasa tinggi. Dipadankan dengan karburetor Yoshimura Mikuni, kit piston Yoshimura, badan enjin magnesium, aksesori badan gentian fiber karbon, aluminum ringan untuk rim dan tangki minyak, dan beberapa aksesori mantap yang lain, menjadikan ia sebuah jentera yang sangat ‘cool’. Yang paling menarik, sistem ekzos Titanium yang dipasang itu, 100 peratus dibentuk dan dibuat dengan tangan! “Hand-made” gais..
Padanlah dengan harga dan ‘rare’ dia. Jadi, para peminat Katana dah tentu-tentu kagum dengan model ni kan? Kita tengok jelah ye. Mahal dia bukan main! Hahaha
Nantikan episod akan datang. Keep on rockin’ guys!
#TW #TwoWheels #TWsuperrare #TWlimitededition #Yoshimura #Suzuki #Katana #1135R #UltimateKatana #retro
Comments
Post a Comment