Yoshimura M450R





Rupa-rupanya Yoshimura juga berminat dalam aktiviti sukan lasak ‘supermotard’. Model ini dihasilkan dari asas Suzuki DR-Z400S pada tahun 2003. Hanya 13 buah unit sahaja yang dihasilkan dan ianya merupakan ‘built-to-order manufacturing’! Maksudnya, ia hanya akan dibina sekiranya mendapat tempahan dari peminat.

Terdapat 3 varian motosikal ini. Kesemuanya berharga bermula dari RM47k ke RM80k pada ketika itu. Motosikal ini dilengkapi oleh sistem penyeraphentak Ohlins, badan gentian karbon, sistem ekzos Titanium Tri-Cone Siklon Yoshimura, brek Brembo dan beberapa alatganti berprestasi tinggi yang lain.

Bagi peminat motard, sudah pasti tahu ‘kelazatan’ DRZ400. Dengan adanya model ini, supermotard menjadi 1 kegilaan baru dengan kuasa yang dimilikinya.

Nantikan episode akhir Yoshimura pada minggu hadapan. 

Stay tuned and keep on sliding bros!

#TW #TwoWheels #TWlearn #TWinfo #TWthrowback #Yoshimura #Suzuki #M450R #Raremotard #supermoto #supermotard

Comments

Follow Us