Yoshimura Tornado 1200 Bonneville






Kami dah janji kan? Jadi, Kami nak kongsikan lagi artikel berkenaan model motosikal yang dikeluarkan oleh Yoshimura. Apapun, barisan Admin Two Wheels, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kami dan ‘sporting’ habis lah!

Nama dah padu dah “Tornado” perginya, memang bukan calang-calang motor yang dihasilkan oleh Yoshimura. Motor edisi terhad yang terhasil dari usaha dan kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi ini, maka terhasillah “Tornado 1200 Bonneville”.

Motor ini dibangunkan pada tahun 1987 dan menggunakan asas dari model GSX-R1100. Yang menjadikannya sangat unik dan ‘Super Rare’ ni ialah hanya 3 buah unit sahaja yang dikeluarkan dalam dunia.

Dipacu oleh enjin berkapasiti 1108cc, ia menghasilkan kelajuan tenaga hampir kepada 178HP. Pada zaman tu, memang lajulah ‘kuda’ ni. Dengan berat kering, 175kg, ia merupakan satu jentera yang hebat. Dilengkapi dengan sistem karburetor Yoshimura Mikuni, kelancaran enjin sempurna menjadikannya salah satu motosikal yang berkualiti dari segi prestasi pada ketika itu.

Sistem ekzos Yoshimura “Titanium Cyclone” memantapkan lagi motosikal ini. Sistem brek Nissin dipadankan dan tunggangan dikendalikan oleh rim sukan Marchesini. Yoshimura SHOWA juga digunakan untuk sistem penyeraphentak hadapan dan belakang. Pendek kata, semua yang ada pada motosikal ini, dilengkapi oleh peralatan sukan bermotor berprestasi tinggi.

Min rasa, mesti salah satu dari motor ni berada dalam muzium. Ya lah, mana taknya hanya 3 biji je yang dihasilkan. Harga pula tak tahu lah macamana! Mau pengsan kalau dengar.

Bagi peminat-peminat moto retro, korang mesti teruja kan?! Teruskan bersama kami dan nantikan episod akan datang!

#TW #TwWheels #TWyoshimura #TWrare #TWlimitededition #Yoshimura #RareCollection #Retro #YoshimuraRnD #Tornado #Bonneville

Comments

Follow Us