- Get link
- X
- Other Apps
Model terbaru ini adalah signifikasi terkini Motorrad dalam arena permotoran dunia. Enjin ‘boxer’ terbesar pada sebuah motosikal ‘cruiser’ ini berkapasiti 1802cc menghasilkan kuasa setinggi 91hp. Ia dinamakan R 18 ‘First Edition’.
Dilengkapi dengan sistem klac kering bertransmisi 6 kelajuan, R 18 mampu pergi selaju 180 km/j dan ianya agak memberansangkan bagi sebuah ‘cruiser’. Transmisi akhir jentera ini masih mengekalkan identiti BMW iaitu ‘drive-shaft’ dan juga dilengkapi sistem ABS.
Uniknya tentang motosikal ini, pembeli boleh membuat tempahan khas untuk kepuasan diri mengikut citarasa masing-masing. Motosikal ini akan dibina mengikut tempahan yang dilakukan.
Harga bermula dari RM83,000.00 (belum termasuk cukai) untuk pakej asas dan seterusnya mengikut pakej dan set yang dikehendaki pelanggan.
Tak sabar min nak tengok motor ni atas jalan di Malaysia. Siapalah pembeli pertama tu ya? Haaa..sapa kata geng BMW tak boleh join geng Harley lepas ni? Barulah brotherhood..hahaha
#TW #TwoWheels #TWlatest #TWreview #BMW #R18 #FirstEdition #cruiser #blackandchrome
Comments
Post a Comment