Brutale 800 LH44 Lewis Hamilton - Kecemerlangan F1 ke 2 roda.








Setelah kejayaan penghasilan Dragster 800 RR LH44 dan F4 LH44, MV Agusta sekali lagi bekerjasama dengan pelumba F1 tersohor, Lewis Hamilton untuk menghasilkan model baru. Model pertama bagi edisi ini dimiliki oleh Lewis Hamilton sendiri dan hanya 144 unit sahaja dikeluarkan berserta sijil asli bagi pemilikannya.


Dilengkapi enjin 3-silinder berkuasa 140hp dengan berat 172kg ini memberikan gaya dan kuasa setanding kehebatan Lewis di litar dan mampu mencecah kelajuan 245km/j. Gaya aerodinamik dan keunggulan jentera ini dipadankan dengan komponen gentian karbon dan sistem elektronik terkini dari Agusta.


Siapa kata pelumba jentera 4 roda tak minat motosikal berkuasa tinggi? Nahh..Lewis Hamilton sendiri ada model motosikal dibina atas kecemerlangan beliau di arena sukan permotoran. Hebat bukan? Agak-agak ada tak model ni di Malaysia?


#TW #TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWlimited #TWrare #limitededition #MV #Agusta #Brutale800 #LH44 #LewisHamilton #F1 #Petronas #nakedbike #blackandred #limited144

Comments

Follow Us