Dari ‘race’ kampung ke podium.


Anak kelahiran Yogjakarta ini mula berjinak-jinak dalam sukan lumba seawal umur 7 tahun. Lahir pada tahun 1999, dalam keluarga pelumba, Galang Hendra Pratama, anak sulung dari 4 adik beradik ini menjadi kebanggaan Indonesia.


Hendra merupakan anak Indonesia pertama yang memenangi kejohanan lumba antarabangsa. Karier lumba professional dia bermula di ARRC pada 2015 selepas beberapa kali menjuarai Kejohanan Motoprix dan Piala Asia. Bakat beliau disunting oleh pasukan lumba Yamaha Indonesia. 


Kejayaan yang dirangkul semasa di ARRC selama 2 tahun itu akhirnya membuahkan hasil. Menerusi kerjasama Yamaha Indonesia dan Yamaha Eropah, Galang mula berlatih di Akademi VR46 pada 2017. Pada tahun yang sama, beliau terpilih menjadi pelumba ‘wild-card’ dalam World SSP300 di Portimao tetapi gagal menyerlah. Tidak berputus asa, Galang bangkit untuk memungut 25 mata di Jerez dan telah mengejutkan ramai pihak.


Pada 2018, Galang menjadi Rider tetap di pasukan Biblion Yamaha MotoXRacing. 2019 menjadi titik tolak karier beliau dimana dia berjaya mengumpul 53 mata di akhir musim SSP300 dengan memenangi 3 kali podium ketika itu.


Setelah 2 tahun bersama SSP300, akhirnya Galang berlumba di kelas perdana WSSP 2020 bersama pasukan BluCru Yamaha WSSP menunggang jentera YZF-R6. Mengenakan nombor 9, Galang dilihat sebagai permata negara yang mampu memberi saingan di acara WSSP.


#TW #TwoWheels #TWmedia #Motul #FIM #WSSP #Indonesia #GalangHendraPratama #HP09 #BluCru #Yamaha #MSRacing

 

Comments

Follow Us