“Defensive Riding” – Apa? Bila? Di mana?



Bagi yang menunggang motor setiap hari, bukan sahaja motor perlu dalam keadaan baik, malah diri kita juga perlu sihat dan segar. Ilmu juga perlu ada baik dari segi teknikal motosikal mahupun cara tunggangan.

‘Defensive Riding’ adalah salah satu strategi menunggang yang memberikan kita banyak kelebihan. Bukan itu sahaja, sifat ini akan membantu juga menjimatkan petrol, tayar dan brek dari masa untuk ditukar dan diselenggara.

Terdapat 7 skil asas untuk ‘defensive riding’, iaitu:
1) Peka
2) Pemerhatian
3) Tahap sedar
4) Jangkaan
5) Perancangan
6) Kawalan

KEPEKAAN.
Rider perlu sentiasa fokus dan peka terhadap persekitaran ketika menunggang. Ketika laju, hilang kepekaan sekelip mata boleh merubah keadaan menjadi tidak selamat. Berhenti berehat sekiranya penat dan mengantuk.

PEMERHATIAN DAN KESEDARAN.
Perhatikan persekitaran anda ketika menunggang. Pakaian cerah dan berpantulan cahaya akan memberikan kesedaran pada orang lain bahawa anda wujud disitu. Gunakan cermin pandang belakang dengan maksimum.

JANGKAAN DAN PERANCANGAN.
Anda harus bijak menjangkakan apa yang akan berlaku. Tidak semestinya tepat jangkaan anda, tapi ianya cukup untuk membuatkan anda berjaya merancang ‘exit plan’ yang sesuai. Rancang perjalanan anda juga mampu menjimatkan kos. “Ride at your own pace..Do not follow others”.

KAWALAN.
Rancangan yang betul akan membuatkan anda dalam kawalan.

Perkara paling asas adalah, pastikan anda mampu DILIHAT. Motor hitam dan pakaian hitam memang Nampak ‘stylo’ dan ‘cool’ tapi anda sendiri tahu ia bukanlah sesuatu yang mudah dilihat. Jadikan tona yang tepat dan sesuai untuk anda, mudah dilihat dan menjadikan anda lebih selamat.

Min akan sambung lagi sembang pasal ‘defensive riding’ ni. Ramai yang diantara kita ambil mudah benda-benda kecil macam ni. Ingat. Kita dijalanraya ni ibarat mentimun. Melanggar atau dilanggar, kita pasti terkesan. Be safe on the road. Bon voyage..!!

#TW #TwoWheels #TWlearn #TWinfo #DefensiveRiding #Part1

Comments

Follow Us