Defensive Riding – How to Start (Part 3)


‘Practice Make Perfect’ selalu kita dengar. Menunggang sehari-hari juga membenarkan kita melatih diri untuk menjadi lebih cekap dan peka.


- Sentiasa sedar dengan laluan anda. Gunakan “syed mirul” anda dengan baik. Jangan simpan dalam raga pula. Cermin sisi dan mengenalpasti ‘blind-spot’ semasa menunggang memberi anda keselamatan.


- Sentiasa peka dengan apa yang berada dihadapan dan dibelakang anda. Penting bagi anda untuk tahu persekitaran anda bersama motosikal.


- Amalkan latihan mata untuk memerhati lebih jauh dari kenderaan di hadapan anda sekiranya berpeluang. Ini akan membantu anda menjadi penunggang yang lebih cekap dan pantas membuat ‘escape plan’.


- Semak kedudukan anda dalam trafik. Berikan isyarat (sebaik-baiknya) jika anda ingin menukar lorong. Peralihan posisi motor anda ada 3 langkah:

a) Masa : Tunggu masa yang sesuai untuk memotong atau menukar laluan.

b) Halaju : Rancang kelajuan untuk memotong atau memperlahankan motor anda.

c) Lihat : Kenalpasti bahaya yang mungkin berlaku jika menukar laluan dan halaju.


Sampai disini sahaja min kongsikan berkenaan tajuk ini dengan anda. Anda mampu mengubahnya! Sehingga bertemu lagi dalam artikel akan datang untuk dikongsikan bersama. Keep on sharing! You may save a life. Ride hard, ride smart. Adios..!!


#TW #TwoWheels #TWmedia #TWlearn #TWcare #ridingtips #defensiveriding #part3 #loveandpassion #motoraddict

Comments

Follow Us