Defensive Riding – Part 2


Kali ni kami nak kongsikan beberapa tip yang boleh diamalkan dalam tunggangan pembaca. Dalam setiap kita berhati-hati, terlebih berhati-hati pun kadang-kadang mengundang bencana. Bukan disebabkan kita taknak berada dalam zon selamat, tapi bila kita terlampau focus ke satu-satu arah pun boleh mengundang bahaya.


PERSIMPANGAN

Apabila dalam kelajuan tinggi, kita mungkin yakin bahawa kita mampu lepas dengan baik. Jangan! Kita perlu bijak membaca papan tanda dan isyarat yang diberikan oleh orang lain. Perlahankan kenderaan anda. Anda tidak pasti samada yang lain mampu melihat anda.


MEMOTONG

Banyak kemalangan terjadi semasa penunggang motor cuba memotong dalam keadaan trafik yang perlahan. Sentiasa peka dan jangkakan apa yang boleh berlaku diluar kawalan. Tingkatkan halaju memotong sekiranya situasi dalam keadaan tenang dan selamat. Ingat, tergesa-gesa mengundang padah!


SELEKOH

Selekoh tajam mahupun ‘blind corner’ sentiasa mengundang padah. Jika terlalu laju, perlahankan motor anda, cuba lihat kawasan anda akan keluar dari selekoh. Faktor cuaca dan permukaan jalan juga sering kali membuatkan hilang kawalan. Waspada!


JARAK

Jaga jarak anda dengan kenderaan hadapan. Kemungkinan dia mengubah haluan atau masuk ke simpang tanpa memberi isyarat boleh berlaku. Gunakan “Hukum 2 Saat” untuk mengekalkan jarak selamat.


KELAJUAN

Halaju tinggi memberikan anda sedikit masa untuk bertindakbalas. Perhatian terhadap keadaan trafik dan jalan dengan baik membolehkan anda membuat pelan mengelak dengan wajar atau berhenti.


JALAN PENDALAMAN/KAMPUNG

Kebanyakkan ‘jalan dalam’ mungkin tidak diselenggara dengan baik. Kawasan kampung juga sering mendatangkan bahaya seperti haiwan ternakan. Lebih merbahayakan, mereka tidak pernah menggunakan jalan tersebut. Kawasan berselekoh adalah berisiko.


Itu antara pilihan tip yang kami dapat kongsikan. Dulu min pun belajar bawa dan kenal moto sendiri ambil masa juga. Sentiasa bersedia dan berwaspada. Be Safe. Your loved ones waiting.


#TW #TwoWheels #TWlearn #TWinfo #TWcare #ridingtips #defensiveriding #Part2

Comments

Follow Us