- Get link
- X
- Other Apps
Ferrari memperkenalkan model terbaru F8 bagi tahun 2020 iaitu dikenali sebagai ‘Tributo’. Ianya telah dipertontonkan buat pertama kali di Geneva Motor Show 2019.
Direka oleh pereka terkenal Ferrari, Flavio Manzoni, menggunakan enjin yang sama dari 488 Pista, berkapasiti 3.9 liter V8 turbo-berkembar F154CD, ia memberi kuasa maksimum 710hp! Menjadikan ia enjin V8 paling berkuasa pernah dibina Ferrari ketika ini.
Rekabentuk aerodinamik yang dihasilkan memberikan ianya penjimatan minyak dan pengudaraan enjin yang hebat untuk mengoptimumkan prestasi enjin dan kereta. Ada teknologi F1 yang digunakan dalam kereta ini seperti “connecting rod” titanium. Dilengkapi sistem transmisi ‘dual-clutch’ 7 kelajuan dan juga teknologi terkini dari Ferrari ‘The Ferrari Dynamic Enhancer’, kereta ini sedia dipandu dalam mod lumba!
Prestasi F8 Tributo ini dikatakan hanya mengambil 2.9 saat untuk jarak 0-100kmph dan 7.6 saat untuk 0-200 kmph. Laju bukan? Halaju tertinggi yang dicapai F8 Tributo ini adalah 340 kmph. Antara aksesori istimewa tambahan yang disertakan hanyalah untuk pemilik sahaja.
Harga untuk pasaran Malaysia adalah dalam lingkungan RM1.07 juta tidak termasuk cukai. Fuhhh..!! Meleleh airmata dengar harganya. Disebabkan oleh pandemik yang melanda dunia, pelanggan pertama di Malaysia mahupun serata dunia akan menerima tempahan mereka sedikit lambat dari yang dijadualkan sepatutnya awal tahun ini.
Siapalah agaknya pemilik bertuah pertama di Malaysia tu ya?
p/s : Korang jangan memacam. Namanya memang sedikit ‘catchy’ hahaha. Tapi apadehal, orang Itali punya sebutan kann. Ahaha
#TW #TwoWheels #TW4roda #latest #Ferrari #F8 #Tributo #MadeInItaly #Italy #millionaire #luckyowner
Comments
Post a Comment