Kawasaki merundum di Race 2 WSBK Jerez.



Semalam kita dapat lihat, Jonathan Rea dari grid permulaan petak no 1 mengakhiri saingan di posisi ke 6 dibelakang rakan sepasukan, Alex Lowes.

Ramai tertanya-tanya apa yang berlaku. Memandangkan prestasi Rea pada Race 1 dan Superpole agak hebat, tiba-tiba di Race 2, persembahan beliau mengecewakan.

“Di Race 2, cuaca agak panas dan di selekoh ke 3, tayar belakang saya mula membuang. Hanya saya yang menggunakan tayar ‘hard’ semasa Race 2 tapi waktu Race 1 dan Superpole, prestasi tayar belakang sangat-sangat membantu. Tayar belakang menjadi punca. Saya dah cuba untuk kekalkan posisi, tapi susah..” ujar Rae ketika mengulas keadaan itu.

Pasukan Kawasaki RT WSBK, akan kembali menganalisa data yang terkumpul dengan Pirelli bagi perancangan perlumbaan di pusingan seterusnya. Walaubagaimanapun, Rae masih gembira dengan kedudukan terkini beliau.

#TW #TwoWheels #Motul #FIM #WSBK #Race2 #SpanishRound #Jerez #KRT #KawasakiWSBKracingteam #JonathanRae #Rae #JR1 #pole6

Comments

Follow Us