- Get link
- X
- Other Apps
Dua kemalangan dasyat semalam menyebabkan perlumbaan Moto2 dan MotoGP dihentikan seketika untuk memberi bantuan perubatan kepada pelumba dan membersihkan litar.
Selepas selesai perlumbaan semalam, kebanyakan pelumba mula mempersoalkan keselamatan litar, terutamanya pada selekoh ke 3 (turn 3) yang menyaksikan kemalangan antara Franco Morbidelli dan Johann Zarco. Untuk rekod, beberapa insiden dasyat pernah berlaku pada Turn 3 ini, bukan hanya kemalangan semalam. Kemalangan yang sama juga pernah berlaku pada kejohanan F1 dahulu.
Berbalik kepada insiden yang melibatkan pelumba negara, Hafizh Syahrin. Sememangnya kemalangan tersebut amat sukar untuk dielak dan alhamdulillah pelumba negara hanya mengalami kecederaan kecil.
Adakah reka bentuk litar Red Bull Ring kurang sesuai dengan jentera-jentera lumba yang semakin laju hari ke hari? Perlukah reka bentuk litar diubah pada masa hadapan? Untuk rekod, reka bentuk litar tersebut telah beberapa kali mengalami perubahan sehingga ianya diklasifikasikan sebagai litar kelas 1 oleh FIM dan FIA. Ciri-ciri keselamatan litar juga ditambah baik sejajar dengan perubahan rekabentuk litar.
Semoga tiada lagi kemalangan ngeri berlaku di litar ini atau litar lain pada masa hadapan dan sama-samalah kita berdoa agar pelumba negara kita dan pelumba lain yang mengalami kemalangan semalam cepat sembuh serta kembali beraksi didalam perlumbaan akan datang.
#TW #TwoWheels #TWmedia #TWracing #F1 #MotoGP #HS55 #FM21
Comments
Post a Comment