MotoGP – Generasi baru bakal menyengat!



Kemenangan Binder tempohari membuktikan lagi bahawa masa depan MotoGP sentiasa cerah. Saingan kini semakin terbuka dan lebih menarik. Sesiapapun mampu menggegar podium.


Anak muda seperti Fabio, Morbidelli, Brad dan Vinales merupakan pelumba professional berumur bawah 25 tahun. Tidak ketinggalan Bagnaia, Miller dan Joan Mir juga merupakan pelumba muda yang berbakat.


Perubahan positif ini memberi impak yang sangat besar buat dunia MotoGP. Lebih laju, muda dan dahagakan kemenangan mempercepatkan langkah mereka dari Moto2 ke persada perdana. Tahun ini dan tahun mendatang bakal memberikan peminat aksi-aksi menarik dan saingan yang sengit.


Walaupun Atok Rossi, Marc Alien dan Dovi masih berlumba, mereka tetap berjaya memberi saingan hebat. Bagi Min, ini adalah sesuatu yang sangat baik. Apa pendapat anda?


Credit gambar: MotoGP.com


#TW #TwoWheels #TWmedia #Dorna #MotoGP #Moto2 #newfaces #newchallenge #newworldchampion #exicitingrace #futurechampion

Comments

Follow Us