Pirelli dengan pilihan tayar terbaik di Aragon


Saingan di Litar Aragon memberikan cabaran buat pelumba. Permukaan trek, trek yang bergelombang dan kebarangkalian pasir di atas trek ekoran keadaan cuaca memberikan tekanan hebat buat Pirelli selaku vendor tayar lumba bagi WSBK.

Di Aragon kali ini menyaksikan Pirelli membawa siri tayar baru dan standard. Tayar baru ini dibangunkan khas untuk situasi trek Aragon dan memberi peluang kepada semua pelumba untuk memilih dan menyesuaikan cara tunggangan masing-masing.

3 jenis tayar depan iaitu 2 standard dan 1 tayar pembangunan baru. Tayar standard SC1 dan SC2 menjadi pilihan selain itu tayar baru, SC2 X1118 boleh dipilih bagi pelumba yang lebih agresif. 

Manakala untuk tayar belakang, 4 siri tayar dibekalkan iaitu 2 untuk tayar standard dan 2 lagi tayar pembangunan baru. SCX dan SC0 adalah tayar standard bagi belakang yang boleh digunakan. Sekiranya trek menjadi lebih panas dan ‘kotor’, SC0 Y0446 (kompaun lembut) dan SC1 Y0966 (kompaun sederhana) diberi pilihan untuk prestasi perlumbaan.

Seronok juga ‘sponsor’ dari Pirelli ni. Syok tengok sebab dari jalanan ke litar lumba, semuanya ada. Jom saksikan WSBK bermula hari ini.

#TW #TwoWheels #TWmedia #Motul #FIM #WSBK #Pirelli #Scorpion #FromRoadtoRaces #Aragon #SpanishRound #Round4

 

Comments

Follow Us