Pusingan Pertama Kejohanan SIC MiniGP









 SIC MiniGP pusingan pertama menutup tirai semalam. Tahniah diucapkan buat semua pihak yang terlibat untuk menjayakan kejohanan ini, antaranya KBS, MAM dan SIC serta penaja-penaja kejohanan seperti RCB, Taichi, Suomy, Uma Racing, Armorblaze dan lain lagi. Tulang belakang bagi kejohanan ini tak lain dan tak bukan adalah ZK Racing Junior Team dan Dynavolt Intact sebagai jurulatih dan penasihat. 


Tujuan kejohanan ini diperkenalkan adalah untuk menjadi platform kepada pelumba-pelumba cilik yang disaring dan terpilih dari seluruh pelusuk negara untuk berentap dan menimba pengalaman seterusnya berpeluang untuk pergi lebih jauh dalam sukan lumba motorsikal. 


Setelah saringan dibuat, akhirnya 21 pelumba cilik dipilih untuk berentap didalam 2 kategori iaitu MiniGP 110 dan MiniGP 160. Bagi perlumbaan pusingan pertama ini, pelumba cilik dari Terengganu iaitu Hakim Danish dan Qabil Irfan mendominasi takhta juara didalam perlumbaan pertama dan kedua.


"Saya amat bersyukur kerana pusingan pertama telah berjalan dengan lancarnya dan berharap agar ramai lagi pelumba muda akan menyertai kejohanan ini pada masa hadapan" - Azhan Shafriman, Ketua Pegawai Eksekutif SIC


"SIC MiniGP akan menjadi platform asas bagi mendedahkan pelumba muda dalam dunia perlumbaan GP dan mereka yang memenangi kejohanan serta beraksi cemerlang akan disalurkan ke kejohanan ATC seterusnya ETC, CEV dan akhirnya didalam kejohanan MotoGP" - Zulfahmi Khairuddin, Ketua Program SIC MiniGP 


"Saya percaya, kedua-dua pelumba yang memenangi pusingan pertama ini berlatih bersama kerana mereka dari Terengganu dan dengan itu mereka mempunyai kelebihan ketika berlumba berbanding pelumba lain yang tidak berkesempatan untuk berlatih", tambah Zulfahmi


Selamat maju jaya buat pelumba-pelumba muda didalam pusingan SIC MiniGP seterusnya dan semoga mereka dapat memenuhi cita-cita mereka, menjadi pelumba negara di kejohanan dunia, MotoGP.


#TwoWheels #TWmedia #TWracing #MAM #KBS #SIC #Zkracing #SICminiGP

Comments

Follow Us