‘Racer’s with Brain’



Ramai yang tak sangka apabila Miguel Oliveira memenangi Styria GP tempohari. Pelumba berusia 25 tahun yang berasal dari Portugal itu, sebenarnya juga adalah seorang pengasas kepada satu kejuaraan perlumbaan motosikal iaitu Oliveira Cup. Beliau sendiri mengetuai dan menjadi mentor kepada pasukan lumbanya sendiri iaitu MOFC Racing Team.

Impian MO88 adalah untuk membina pelapis baru dalam sukan permotoran negaranya. Pelumba muda berusia 10 hingga 14 tahun, diasah bakat mereka dan dilatih secara professional serta dipertandingkan di banyak siri perlumbaan tempatan dan antarabangsa.

Dalam pada masa yang sama, MO88 juga adalah seorang doktor gigi dan seorang pelajar di peringkat Sarjana dalam jurusan pergigian. Pada awal pengajian beliau, dia berharap dapat masuk ke jurusan perubatan tapi hanya berjaya mendapat tempat di fakulti pergigian. 

Miguel adalah salah satu contoh pelumba berbakat dan berkebolehan. Berjaya diusia muda dan menjadi inspirasi kepada remaja di luar sana. Berlumba secara professional sambil belajar dan menjadi mentor bukanlah mudah tapi MO88 mampu melakukannya!

Bukan bisher-bisher gais..We salute u Miguel Oliveira..!!

#TW #TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWinspirationalstories #hardknockwithbrain #MiguelOliveira #MO88 #OliveiraCup #MOFCRT #dentist #MotoGP2020 #MotoGP #KTM

 

Comments

Follow Us