Red Bull Ring, Spielberg International Circuit, AustrianGP





Litar asal ini dibina pada tahun 1969 dan dikenali sebagai Ostereichring bertempat di Spielberg, Austria. Mempunyai 16 buah selekoh dan sepanjang 5.911 km. Mula digunakan untuk acara antarabangsa dalam sukan F1. Kemudian, pada 1977 litar ini diperbaharui dengan pertambahan panjang trek sebanyak 300 meter dan 2 lagi selekoh.


Pada 1996, dijenamakan semula sebagai A1-Ring, juga diperbaharui dari segi jarak iaitu sepanjang 4.326 km dan hanya mempunyai 9 buah selekoh. Kini, dikenali sebagai Red Bull Ring sejak dari 2016, ia menjanjikan aksi-aksi menarik dalam sukan perlumbaan. Red Bull Ring kini berukuran 4.318 km dan mempunyai 10 buah selekoh.


Masa terpantas yang pernah direkodkan disini adalah 1:06.619 melalui pasukan F1 McLaren-Renault yang dipandu oleh Carlos Sainz Jr. Banyak laluan lurus di trek ini dan juga selekoh halaju tinggi berbukit, menjadikan litar ini sangat mencabar.


‘Home ground’ bagi pasukan KTM, sedikit sebanyak ia memberi tekanan kepada pasukan itu untuk beraksi cemerlang selepas kemenangan di Brno tempohari. Sama-sama kita nantikan pusingan saingan di Austria ini minggu ini. Stay tuned and keep on sharing guys!

#TW #TwoWheels #TWmedia #Dorna #MotoGP #AustrianGP #RedbullRing  #SpielbergCircuit #KTM #Austria

Comments

Follow Us