- Get link
- X
- Other Apps
Mesti ramai yang minat berkonvoi kan? Seronok dapat ride bersama-sama rakan dan orang yang tersayang. Harus diingat, keselamatan bersama sangat penting dan konvoi terlalu ramai boleh mengundang bahaya.
Sekiranya anda yang mengetuai perjalanan, menjadi tanggungjawab anda untuk mengenalpasti keadaan trafik dan jalanraya. Berikan isyarat sewajarnya untuk menyatakan bahaya yang mungkin menimpa.
Kekalkan jarak selamat. Guna formasi yang terbaik untuk anda dan rakan-rakan. Posisi ;zig-zag’ paling banyak membantu dan mampu memberikan kita masa yang baik untuk bertindakbalas dalam keadaan selamat.
Tunggang dengan kemampuan anda. Jangan ikut orang atau kelajuan yang kita tak mampu ikut. Sentiasa ingat, atas jalanraya kita lah yang paling berisiko. Set kan masa dan tempat berkumpul semula bagi setiap perjalanan anda. Jagalah satu sama lain.
Menunggang secara agresif atau bahaya boleh membawa kepada kemalangan. Kekalkan halaju bersama. Pastikan anda tidak terlalu rapat dengan rakan anda dihadapan atau kenderaan lain.
Zaman dah semakin maju. Gunakan teknologi yang ada untuk berkomunikasi sebagai contoh set telekomunikasi helmet. Kenalpasti keluarga terdekat atau nombor kecemasan ahli keluarga yang lain sekiranya berlaku kecelakaan. Dapatkan bantuan pakar perubatan sekiranya anda tiada ilmu dalam bantuan kecemasan.
Konvoi memang seronok. Jangan terlalu leka. Ia boleh mengundang padah. Be safe and be wise. Stay alert. Selamat berkonvoi gais..!
#TW #TwoWheels #TWinfo #TWlearn #TWcare #konvoi #ridingtogether #zigzag #RideSafe
Comments
Post a Comment