Saya dalam keadaan baik - KIP89


Pelumba negara dalam kategori Moto3 dari pasukan Petronas Sprinta Racing Team, Khairul Idham Pawi kini dalam proses pemulihan di Barcelona. Beliau amat optimis untuk kembali beraksi cemerlang pada pusingan Misano kelak.

"Alhamdulillah, saya ok selepas pembedahan kelmarin. Jari ni dari tahun lepas lagi tak boleh bengkokkan sebab ada skru. Jatuh di Brno tempohari menyebabkan tulang jari saya retak semula. Jadi saya tak ada pilihan lagi. Kalau sy simpan lagi jari ni, jika jatuh akan senang untuk patah lagi"

"Saya sudah berbincang dengan pasukan dan semua pihak. Memang keputusan yang sukar dibuat untuk potong jari ni. Tapi demi masa depan saya, saya cuba yang terbaik untuk kuatkan semangat. Sebab saya selalu fikir pasal jari ni, kalau jatuh waktu berlumba lagi pasti akan ada masalah, jadi saya selalu berhati-hati"

"Sekarang saya harap tak ada gangguan lagi pada jari ni. Isnin nanti saya akan jumpa doktor semula untuk  rawatan lanjut dan saya harap dapat cepat sembuh supaya boleh kembali berlatih dan fokus pada race di Misano nanti"

"Saya berharap inilah masalah yang terakhir buat jari dan tiada lagi masalah lain untuk saya fokus kepada perlumbaan dan saya akan cuba buat yang terbaik di Misano nanti" - KIP89

Keputusan untuk membuang sebahagian dari diri kita amatlah sukar namun KIP memilih untuk berpisah dari sebahagian jari kelingking beliau demi masa depan beliau didalam sukan permotoran. Semoga beliau pulih sepenuhnya untuk saingan seterusnya nanti. 

#TwoWheels #TWmedia #TWracing #MGPM #PSRT #KIP89

 

Comments

Follow Us