“Seamless Gearbox” MotoGP Berteknologi Tinggi.


Dinamakan “seamless” kerana kebolehan kotak gear ini menukar gear dengan sangat mudah, tanpa sebarang hentian klac. Dengan teknologi ini, jentera lumba dapat menambah 7% pecutan bermakna memberi kelebihan ketika memecut.


Bagaimana kotak gear “seamless” ini berfungsi?


Dalam sistem kotak gear sebelum ini, klac digunakan ketika enjin ‘berehat’ sebentar sementara menukar gear. Keadaan ini biasanya melewatkan prestasi enjin dan melambatkan waktu pecutan.


Untuk mengatasi masalah tradisi ini, kotak gear “seamless” mempunyai suatu mekanisma unik “flange-shaped couplings” yang membenarkan 2 gear bergerak pada satu-satu masa yang sama tapi hanya satu gear yang digunakan untuk memacu tayar belakang. Gear ini lebih kurang sama fungsinya seperti ‘rachet’ dimana 1 gear akan memegang 1 lagi gear untuk berpusing. Terdapat 4 unit mekanisma ini dalam kotak gear yang mana 2 set untuk gear menaik dan 2 set lagi untuk menurun gear.


Dengan teknologi ini, waktu menukar gear untuk menaik atau menurunkan gear menjadi sangat singkat iaitu hanya 0.01 saat! Kotak gear “seamless” ini jauh lebih efisyen dari gearbox tradisional.


Mekanisma komplek ini memerlukan perhatian dan penyelenggaraan khas setiap masa. Setiap kali perlumbaan, juruteknik khas akan memeriksa dan membuat talaan yang seharusnya bagi memastikan ia berada ditahap maksima. Ini bagi mengelakkan gigi gear rosak dan memendekkan jangka hayat kotak gear.


Kelebihan kotak gear “seamless”.


Kebolehan penukaran gear dengan pantas memberikan kelebihan kepada setiap jentera lumba dalam apa jua situasi. Natijahnya, keputusan masa pusingan yang lebih pantas, penjimatan penggunaan tayar dan juga menjimatkan bahanapi perlumbaan.


#TW #TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWlearn #TWtech #MotoGP #seamlessgearbox #racinggearbox

Comments

Follow Us