- Get link
- X
- Other Apps
Untuk pengetahuan umum, minggu ini akan diramalkan hujan untuk 3 hari berturut-turut. Ketika ditanya mengenai keyakinan untuk memberikan persembahan terbaik di litar ini, beliau terus berkata tidak cukup yakin untuk berlumba dengan baik di litar ini.
Umum mengetahui bahawa Jack Miller adalah salah seorang pelumba yang hebat dalam keadaan jalan basah. Ini dibuktikan oleh beliau ketika memenangi perlumbaan pertamanya di arena MotoGP di litar Assen pada 2016 bersama Jentera Honda dan mendapat pole position di Argentina 2018 dalam keadaan litar bercampur kering dan basah menggunakan tayar slick bersama Jentera Ducati.
“Litar ini mempunyai banyak jalan lurus dan anda perlu melakukan hard breaking terutama di turn 3. Sukar untuk mengawal jentera dengan baik jika keadaan litar basah. Saya tidak yakin untuk membuat persembahan baik disini”
Austria adalah litar yang sangat kuat bagi jentera Ducati untuk 4 tahun sebelum ini, Beliau juga membawa jentera Ducati. Admin bertanyakan mengenai motivasi dan tekanan sebelum perlumbaan kali ini sebagai pelumba Ducati, bagi beliau, setiap minggu adalah perasaan yang sama. “Dimana – mana litar yang akan anda hadapi anda perlu letakkan perasaan yang sama dan tenang supaya dapat menghadapi perlumbaan dengan lebih baik.” tuntasnya.
#TwoWheels #TWmedia #TWcare #TW #MotoGP #AustrianGP #Jackmiller #Pramac #jm43 #ducati
Comments
Post a Comment