Ulasan media debrief semalam bersama Pol Espagaro.


Minggu ini semestinya ada sedikit tekanan disebabkan pasukan sudah kompetetif. Mereka sudah dapat kemenangan minggu lepas dan semestinya mempercayai jentera mereka dan pelumba. Tetapi saya hanya cool dan santai untuk perlumbaan kali ini kerana saya ingin berlumba dalam keadaan tenang. 


“Perlumbaan minggu lepas sangat mengecewakan. ini kerana saya tahu saya mampu bersaing di depan dan mengatasi Brad. Tetapi nasib tak menyebelahi saya. Lebih baik jatuh selepas beberapa lap perlumbaan daripada jatuh pada lap pertama. Itu lagi menyakitkan. “ ujar Pol. 


Apabila media lain bertanyakan pandangan tentang perlanggaran beliau dengan Zarco pada perlumbaan minggu lepas, beliau dengan pantas tidak ingin komen tentang hal itu.


Selepas aksinya di FP1 sangat memberangsangkan, Mampukah Pol merebut kemenangan di litar tuan rumah RedBull KTM ini?


#TwoWheels #TWcare #TWmedia #motogp #pol #polespagaro #pe44 #ktm #redbullktm

Comments

Follow Us