Warung Zamri 52








Siapa yang tidak kenal pelumba negara, Muhammad Zamri Baba yang beraksi cemerlang di ARRC dan pernah menjadi pelumba wild card Moto2 di Sepang bersama Hafizh Syahrin. 

Selepas kemalangan ngeri semasa kejohanan ARRC pada tahun 2015, beliau tidak lagi kembali ke litar untuk berlumba sehingga sekarang. 

Kemampuan beliau untuk mencari nafkah dan menyara keluarga amat terbatas kerana beliau masih berkerusi roda. Tanggungjawab untuk menjaga keluarga beliau kini jatuh kepada isterinya. Sebelum ini isteri beliau membuka kedai makan di Petaling Jaya namun kini telah berpindah ke restoran sendiri untuk menambah pilihan menu dan keselesaan kepada pengunjung. 

Restoran yang diberi nama Warung Zamri 52 terletak di Jalan Astaka 5/KU2 Bukit Raja, Klang dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu, menghidangkan pelbagai pilihan juadah dari sarapan pagi, makan tengahari sehingga jam 5 petang.

Jika berkesempatan, jom kita sama-sama berbelanja disana.. Support bekas pelumba negara.. Kot2 korang nak belanje Min ke.. hihi 

Sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi isteri Zamri Baba, Fazlina di talian 012-6940905

Kredit : John Rozman

#TwoWheels #TWmedia #TWracing #TWprihatin #MGPM #ZB52 #ZamriBaba

 

Comments

Follow Us