- Get link
- X
- Other Apps
Itu antara kata-kata dari bekas pelumba tersohor negara, Shahrol Yuzy ketika ditemubual oleh wartawan baru-baru ini. Persoalan yang bermain di minda para peminat, “mengapa bukan Hafizh?”. Kisah ini berlegar selepas keputusan pasukan Petronas Yamaha SRT menandatangani kontrak perjanjian bersama juara dunia MotoGP 7 kali, Valentino Rossi.
Walaupun kontrak itu menjanjikan pulangan lumayan dan masa depan yang lebih cerah kepada pasukan PYSRT, sedikit sebanyak ia mengundang kontroversi. Namun begitu, Yuzy tampil dengan pendapat beliau bagi mencerahkan suasana. Yuzy berpendapat, peminat tidak harus menyalahkan sama sekali pilihan PYSRT kerana sudah pasti mereka mempunyai perancangan sendiri.
“MotoGP bukanlah benda mudah. Anda perlu menjadi seorang pelumba yang betul-betul hebat. Mana tidaknya, saingan terlalu sengit, jurang masa 1 saat sudah memadai untuk membezakan kemampuan anda. Sekurang-kurangnya, Hafizh masih berada di MotoGP. Dia masih ada peluang,” ujar Shahrol Yuzy.
Tambah beliau lagi, “Peminat haruslah bersikap positif, bukannya negatif. Berlapang dada-lah dengan keputusan ini. Kita mahu lihat pasukan Malaysia pergi lebih jauh. Saya yakin, esok lusa kita pasti akan gembira”.
Ayat keramat beliau menamatkan wawancara ‘Hafizh adalah Hafizh, Rossi adalah Rossi’.
Ada betulnya kata-kata Yuzy itu. Kita haruslah berfikiran positif. Peluang masih ada. Kita teruskan menyokong pelumba tempatan. Tanpa mereka, nama Malaysia belum pasti mekar dan harum di persada sukan permotoran antarabangsa. Ayuh! Teruskan sokongan kita semua!
Kredit Gambar : Astro Arena
Sumber Berita : Berita Harian
#TW #TwoWheels #TWmedia #MotoGP #HotSeat #PYSRT #Petronas #ShahrolYuzy #ValentinoRossi #VR46 #HafizhSyahrin #HS55 #supportlocal #weloveMalaysia
Comments
Post a Comment