- Get link
- X
- Other Apps
Inilah isu yang berlegar di fikiran para peminat motogp di seluruh dunia. Maka dengan itu kami terpanggil untuk memberi sedikit pencerahan mengenai perkara ini.
Gambar yang ditangkap layar daripada lap dan corner yang sama. Ramai peminat berbahas mengatakan Joan Mir terlepas daripada hukuman sedangkan Fabio Quartararo dikenakan hukuman long lap penalti.
Sebenarnya fabio telah melebihi track limit sebanyak 5 kali iaitu :
Sector 3 Lap 12
Sector 4 Lap 12
Sector 4 Lap 20
Sector 4 Lap 23
Sector 4 Lap 25
Mengikut peraturan, jika pelumba melebihi track sebanyak 3 kali, pelumba akan diberikan amaran terlebih dahulu. Ini kerana perlakuan tersebut telah dikira sebagai mengambil kelebihan dan tidak adil. Sekiranya melebihi track limit untuk ke 5 kali maka mereka akan dikenakan long lap penalti. Jika pelumba mengabaikan long lap penalti, pelumba akan dikenakan 3 saat penalti.
Dalam kes ini Joan Mir hanya melebihi track sebanyak 1 kali dan Fabio pula telah melebihi track sebanyak 5 kali. Harap perkongsian ini dapat mengurai kekusutan.
#TwoWheels #TWmedia #TW #JM36 #FQ20 #motogp
Comments
Post a Comment