Ferrari 900, a Ferrari on two wheels











Ini adalah satu-satunya model motosikal berjenama Ferrari di dunia. DIbina oleh syarikat Kejuruteraan David Kay dan membawa nombor siri enjin dan cesi, SF-O1M, membuktikan ianya hanya ada 1 unit sahaja yang dihasilkan.

Berkapasiti 4 silinder 901cc dan berkuasa 118hp, Ia mampu mencecah kelajuan setinggi 265 km/j. Semuanya dibina dengan tangan. Brek Brembo sudah pasti dipadankan selari dengan jenama Ferrari, panel meter digital, sistem ekzos ‘custom-build’ dan pelbagai ciri unik lain menjadikannya sangat ‘rare’!.

Motosikal ini mengambil masa lebih kurang 4 tahun atau 3000 jam untuk siap. Ia siap dan diuji dijalanan pada tahun 1995. Segala usaha David akhirnya membuahkan hasil kerana pada awalnya dia meminta kebenaran anak pengasas Ferrari, Piero Ferrari untuk membina sebuah motosikal dan membawa jenama Ferrari.

Siapa kata Ferrari tak ada motosikal? Haha..ramai cakap Ducati adalah “Ferrari on 2 wheels” kan? Naaahh..ni ha sebiji! Memang merecikkk lah ‘design’ dia (pada masa tu lah) hihihi.

#TW #TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWlearn #TWlimitededition #Ferrari #Ferrari900 #rare #oneandonly #DavidKayEngineering

 

Comments

Follow Us