Honda – Hipotesis Perubatan Marquez Merisaukan

Kecederaan yang dialami Marc Marquez sangat menjejaskan kariernya pada musim 2020 ini. Dua kali pembedahan atas kecederaan yang sama menjadikannya berada dalam situasi yang berbeza. Dahulu, dia cepat sembuh dan kembali beraksi namun kali ini, Marc perlu menjalani proses penyembuhan seperti ‘manusia biasa’.

“Sekarang, kami akan mengambil kira pendapat dari doktor perubatan yang lain juga. Mempercayai buta-buta apa yang Dr Mir cakap adalah kesilapan yang kami lakukan” ujar Emilio Alzamora, Pengurus bagi MM93.

Seorang pakar tulang dan juga pakar fisioterapi, Ruben Garcia Ruiz, memberi sedikit ulasan berkenaan kecederaan tulang yang dialami pelumba terkenal itu. Plat patah selepas pembedahan pertama itu memberikan satu situasi dimana, ruang berlubang/kosong pada humerus gagal membuatkan penyatuan tulang tidak betul yang dipanggil ‘pseudarthrosis’.

“Walaupun ini antara andaian logik mengapa proses penyembuhan Marc lambat, saya dapat rasakan ianya suatu andaian yang betul kerana gambar-gambar kecederaan dan pembedahan pertama dia tempohari sudah dipadam dari media sosial beliau. Sekiranya pembedahan tersebut berjaya, kenapa balutan tangan itu sampai ke jarinya? Mungkinkah ada pembedahan kedua selepas itu tapi tidak dinyatakan? Saya ada andaian yang lebih teruk dimana pembedahan kedua tidak berjalan lancar” ujar beliau.

“Risiko yang sangat tinggi sekiranya Marc kembali berlumba semula dalam waktu yang terdekat ini. Siku sangat memainkan peranan penting dalam berlumba tapi bagaimana keadaannya jika ia tidak berupaya untuk kembali sembuh dengan betul” tambah beliau lagi.

Semakin mendebarkan pula bila ada sumber perubatan lain yang mengulas tentang kecederaan Juara Dunia, Marc Marquez itu. Mungkin ada baiknya, MM hanya berehat pada tahun ini dan kembali bersaing pada musim hadapan. Apa pendapat anda? Teruskan bersama kami. Keep on sharing guys!

#TW #TwoWheels #TWmedia #TWinfo #RepsolHonda #MarcMarquez #MM93 #MedicalHypothesis #Ortho #HumerusFracture

 

Comments

Follow Us